Placement test : Ept, Apt, Fardu Ain, Tilawah Entrance Test, Study Circle 1

5 comments

Seperti mana yang kita ketahui atau belum tahu, masuk sahaja asasi UIA perlu menduduki beberapa Placement Test untuk menentukan jangka masa anda di asasi UIA.

Placement Test ada dua , iaitu Arabic Placement Test & English Placement Test. Kedua2 Test inilah yang akan menentukan duration anda samada 2 tahun, 1 tahun setengah, atau 1 tahun berdasarkan level language anda level 1 - 6 atau exit/exempted. *(Saya dapat khabar angin mengatakan duration di asasi akan fixed menjadi 1 tahun sahaja utk kemasukan 2016)

Test seterusnya adalah untuk menguji samada anda mengetahui ilmu fardhu 'ain banyak atau sedikit. Namanya Fundamental Knowledge Test dan ianya wajib diambil oleh semua students. 

Tetapi untuk Tilawah Entrance Test, hanya pelajar yang bukan dari sekolah agama, atau integrasi atau sama waktu dengannya sahaja perlu mengambilnya. Perkara ini mula dilaksanakan pada intake ke-2 2015. 

Then, Study Circle 1 adalah usrah yang akan diambil oleh students yang melepasi Test FKT & Tilawah Test. 

Structures 

Arabic Placement Test(APT)

1. Ada banyak sangat bahagian, antaranya Susun perkataan berterabur, Soalan objective senang , Soalan objective susah sikit , Soalan berdasarkan petikan, Soalan antonym & synonym. Soalan betulkan perkataan salah + isi tempat kosong, Soalan essay mudah dan Soalan essay susah.
2.  Markah 100. 
3. Bagi yang tiada basic arabic , jangan risau. klau baca dekat blog lain, mereka akan menasihati anda untuk tulis nama dan no. matric lepas tu terus keluar dewan. JANGANNNNN KELUAR LAGI !!! Anda kena ingat bahawa anda masih boleh hentam untuk soalan susun perkataan, soalan objective susah dan senang dan soalan petikan. Sebab jawapan sudah ada, cuma perlu cari. Kuncinya ialah cari perkataan sama.
4. Bagi yang tiada basic arabic dan anda hentam & tepat jawapannya, anda akan dikecualikan dari belajar arabic level 1/2  sekiranya markah anda melebihi 21 markah. 
5. Bagi yang ada basic arabic, seteruk mana pun anda menjawab, anda akan masuk level 3. 
6.  So, teruskan menghentam! 

English Placement Test(EPT)

1. Ada dua part , Reading then answer & Writing essays.
2. Reading ada 6 passages + 40 soalan objective.
3. Writing ada 2 soalan. Satu soalan Describe table/graph/pie chart. Satu lagi jenis Argumentative essay. Belajarlah pasal thesis statement untuk diletak dekat part introduction ,penting sangat.
4. Paling rendah level 3 kot untuk EPT, Kalau dapat level rendah, jgan risau, masih ada satu sem untuk belajar and tebus balik kejayaan, tapi ada tambah Speaking Test.
5. Semoga exit/exempted newbies!

Tilawah Entrance Test (TenT)

1. Hanya untuk students yang bukan dari sekolah agama.
2. Ustaz bagi surah untuk dibaca, sekiranya anda baca dengan baik, maka tak perlu la ambil Tilawah Class.

Fundamental Knowledge Test / Fardhu 'Ain (FKT)

1. Soalan ada 20. Masa ada 30 minutes.
2. Salah jawab , habis la , kena masuk Fardhu Ain Class setiap hari jumaat.
2. Kalau berjaya jawab dengan bagus, anda tak perlu masuk Fardhu Ain Class, Tapi kena masuk Study Circle 1.



Flow dia macam ni:

Tilawah Entrance Test > FKT > Study Circle 1 (Usrah)

1. Tak lepas Tilawah Test, kena masuk Tilawah class, 
2. Klau lepas Tilawah dengan jayanya, tapi tak lepas FKT, maka ke kelas FKT lah anda.
3. Klau lepas kedua2nya dengan jayanya, maka ke Study Circle lah anda. 
4. Study Circle 1 adalah best kerana tak de fixed time, naqib yang akan tentukan masa.

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

5 comments:

  1. Salam loved the info. Boleh tanya sikit harap dapat respond secepat mungkin.
    1. Betul ke daftar bersama rakan dapat bilik yang sama?

    2. Betul ke bilik untuk AED lain dri bilik2 yang lain?

    3. Betul ke daftar awal dapat bilik tingkat rendah?

    Thanks for answer it.

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum saya nk tanya ept ada brp level dan apt ada brp level plk

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum! nak tanya ingat tak lepas amik test , keluar result agak2 berapa lama?

    ReplyDelete