Apa Yang Perlu Dibawa Untuk Hidup di Asasi UIA

2 comments

Assalamualaikum,

Saya tidak akan list satu2 setiap barang yang saya rasa perlu untuk dibawa di UIA. Tetapi saya akan mengikut priority di mana kalau tak de memang datangkan masalah besar.FUHH.

Sememangnya student baru akan ada sifat backup barang, bawak barang lebih dari sepatutnya supaya hati berasa lega. Tambahan pula yang rumah jauh dari kampus, lagi la susah nanti barang banyak nak bawak balik. So, kat bawah ni boleh dikatakan priority bagi saya sepanjang berada di cfs.


1. Baju Kemeja Putih - Bagi lelaki, hari pendaftaran dah kena pakai baju kemeja putih tu. klau student LAW lelaki atau perempuan selalu perlukan kemeja putih + blazer utk Mock Court Session mereka. Pinjam pon boleh kat member. 

2. Baldi + Cebuk - dalam list yg dia suruh bawak tu rasanya takde tulis baldi , masa taaruf week pon ramai parents complain tak de sape bgtau pon suruh bawak baldi. So, bawak la satu yg besar bagi mereka yg basuh seminggu sekali.

3. Extension Socket - alah , yang ade byak2 plug tu , al-maklum la student kan nak charge handphone la, laptop la , kettle la. Sedangkan main plugnya jaoh diatas dinding tu. 

4. Tikar - kenapa tikar? yes, based on my experience , apa yang saya tau UIA tidak memperuntukkan peruntukan untuk bubuh tiles atau mungkin menampal lantai yang berlubang tu. So, Tikar sgt berguna bagi mereka yang suka main fifa/pes dgn meletakkan laptop di atas katil sedangkan mereka duduk di atas lantai yg berlubang. Lantai tersebut mungkin akan menggangu concentration dan performance pemain itu. Nampak tak masalah besar di sini? Sorry ladies, masih tak boleh terima kekalahan 4-0 ketika berlawan dgn Ikhram the legendary keyboard user. 

5. Bekas Makanan + sudu + garfu - dah pulak? yes, ianya sgt berguna apabila berhadapan dgn kebuluran di waktu malam, dan maggi la teman sejati ketika itu, so pastikan stok maggi mengcukupi. Klau buat jamuan bilik pon berguna mcm bilik saya selalu ada jamuan malam selasa. Bekas saya la the best contributor ever.btw, BEWARE ! pemimjam barang ada dimana2 dan tak reti nk bagi balik.

6.  Kertas A4 - selain testpad, kertas A4 banyak kegunaannya. anda boleh membuat nota dan simpan dalam file. Emergency terjadi apabila kedai photocopy masih tutup, pegi bilik member nak print , kertas A4 habis. Ketika itu kertas A4 anda beraksi. Percayalah, ianya sgt diperlukan apabila musim nak exam di mana students mencari2 printer nak print EXAM SLIP and Course Registration Slip.

Ini sahaja yang saya igt , saya akan update lagi kalau saya igt. STAY TUNED !




Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

2 comments:

  1. adakah laptop diperlukan ye wahai saudara?

    ReplyDelete
    Replies
    1. aihh mestilah its 2019 bro u'll need it for assignments n all trust me

      Delete