Elaun yang dapat oleh students adalah mengikut semester. Satu semester, dapat elaun sekali. Elaun masuk guna bank MUAMALAT SAHAJA. So , pegi la bank muamalat , buat account baru. Kelebihan bank muamalat ni, kita boleh withdraw RM10 walaupun duit balance ade RM20 dalam account.

Bagi students AED, mereka akan dapat sebanyak RM 1700 untuk first semester sahaja. Ini kerana mereka perlu membeli barang yang banyak untuk persediaan belajar & untuk final project. Semester selepas tu RM 1200.

Bagi students selain AED, mereka akan dapat RM 1200. Elaun hanya untuk LONG SEM. Short sem sendirian berhad. :-)

But you need to know something, duit tu sebenarnya duit rakyat, so, jgan lah membazir membeli barang yang tidak berguna.

Students jugak kena lah berjimat untuk kegunaan di waktu Short Sem.

Sebenarnya, duit itu boleh disimpan untuk persediaan masuk ke degree nanti. Sekiranya anda menyimpan sebanyak RM 400 ke dalam Tabung Haji, ini bermakna jumlah di account anda akan meningkat lebih daripada RM 1200 bagi 3 semester, bersamaan 1 tahun setengah.

Ramai yang berbisnes untuk jana income. Itulah yang terbaik.

If you rich, help others.
If you not, help yourself ,then others.

So, don't waste it. Invest it for the next future !

Seperti mana yang kita ketahui atau belum tahu, masuk sahaja asasi UIA perlu menduduki beberapa Placement Test untuk menentukan jangka masa anda di asasi UIA.

Placement Test ada dua , iaitu Arabic Placement Test & English Placement Test. Kedua2 Test inilah yang akan menentukan duration anda samada 2 tahun, 1 tahun setengah, atau 1 tahun berdasarkan level language anda level 1 - 6 atau exit/exempted. *(Saya dapat khabar angin mengatakan duration di asasi akan fixed menjadi 1 tahun sahaja utk kemasukan 2016)

Test seterusnya adalah untuk menguji samada anda mengetahui ilmu fardhu 'ain banyak atau sedikit. Namanya Fundamental Knowledge Test dan ianya wajib diambil oleh semua students. 

Tetapi untuk Tilawah Entrance Test, hanya pelajar yang bukan dari sekolah agama, atau integrasi atau sama waktu dengannya sahaja perlu mengambilnya. Perkara ini mula dilaksanakan pada intake ke-2 2015. 

Then, Study Circle 1 adalah usrah yang akan diambil oleh students yang melepasi Test FKT & Tilawah Test. 

Structures 

Arabic Placement Test(APT)

1. Ada banyak sangat bahagian, antaranya Susun perkataan berterabur, Soalan objective senang , Soalan objective susah sikit , Soalan berdasarkan petikan, Soalan antonym & synonym. Soalan betulkan perkataan salah + isi tempat kosong, Soalan essay mudah dan Soalan essay susah.
2.  Markah 100. 
3. Bagi yang tiada basic arabic , jangan risau. klau baca dekat blog lain, mereka akan menasihati anda untuk tulis nama dan no. matric lepas tu terus keluar dewan. JANGANNNNN KELUAR LAGI !!! Anda kena ingat bahawa anda masih boleh hentam untuk soalan susun perkataan, soalan objective susah dan senang dan soalan petikan. Sebab jawapan sudah ada, cuma perlu cari. Kuncinya ialah cari perkataan sama.
4. Bagi yang tiada basic arabic dan anda hentam & tepat jawapannya, anda akan dikecualikan dari belajar arabic level 1/2  sekiranya markah anda melebihi 21 markah. 
5. Bagi yang ada basic arabic, seteruk mana pun anda menjawab, anda akan masuk level 3. 
6.  So, teruskan menghentam! 

English Placement Test(EPT)

1. Ada dua part , Reading then answer & Writing essays.
2. Reading ada 6 passages + 40 soalan objective.
3. Writing ada 2 soalan. Satu soalan Describe table/graph/pie chart. Satu lagi jenis Argumentative essay. Belajarlah pasal thesis statement untuk diletak dekat part introduction ,penting sangat.
4. Paling rendah level 3 kot untuk EPT, Kalau dapat level rendah, jgan risau, masih ada satu sem untuk belajar and tebus balik kejayaan, tapi ada tambah Speaking Test.
5. Semoga exit/exempted newbies!

Tilawah Entrance Test (TenT)

1. Hanya untuk students yang bukan dari sekolah agama.
2. Ustaz bagi surah untuk dibaca, sekiranya anda baca dengan baik, maka tak perlu la ambil Tilawah Class.

Fundamental Knowledge Test / Fardhu 'Ain (FKT)

1. Soalan ada 20. Masa ada 30 minutes.
2. Salah jawab , habis la , kena masuk Fardhu Ain Class setiap hari jumaat.
2. Kalau berjaya jawab dengan bagus, anda tak perlu masuk Fardhu Ain Class, Tapi kena masuk Study Circle 1.



Flow dia macam ni:

Tilawah Entrance Test > FKT > Study Circle 1 (Usrah)

1. Tak lepas Tilawah Test, kena masuk Tilawah class, 
2. Klau lepas Tilawah dengan jayanya, tapi tak lepas FKT, maka ke kelas FKT lah anda.
3. Klau lepas kedua2nya dengan jayanya, maka ke Study Circle lah anda. 
4. Study Circle 1 adalah best kerana tak de fixed time, naqib yang akan tentukan masa.


Asasi di Uia ada bagi peluang dekat students yang mahu tukar kos / kulliyah. Seingat saya akan ada tarikh-tarikh penting semasa Taaruf Week di asasi Uia. Salah satu tarikh tersebut ialah tarikh tukar kos bagi students yg berminat.

  First of all, students perlu mengisi borang tukar kos. Borang tersebut boleh didapati di Arts atau Science Department mengikut kos masing2. Kalau tak tahu di mana Department tersebut boleh tanya senior. Klau perlukan nasihat. Pergi lah berjumpa dengan AA atau Academic Advisor bagi kos anda. Boleh tanya senior kos anda.  

  Second, kelayakan dlam tukar kos bagi setiap subjek minimumnya B kalau nak selamat. Klau kita ada C , kebarangkalian nk dpt tukar tu agak sikit, tapi jangan risau. Masih ada peluang. 

  Peluang nak tukar kos dalam Department yang sama. Apa yang saya tahu, klau department yang sama, selalunya akan diterima applicationnya. Contohnya,dari LAW nk tukar Human Science, BAR nak tukar IRK etc. Tapi kena cepat2 tukar kos kerana ditakuti placement atau kekosongan tempat akan habis. Apatah lagi kalau Dentistry, Medic, Pharmacy. Merujuk daripada lecturer saya yang dahulunya Head of Admission & Record, Application kepada tiga kos tersebut ada lebih kurang 5000 kalau tak silap saya, dan yang akan dipilih cuma 150++ sahaja. Jadi pertukaran kepada kos tersebut mungkin sangat2 tipis. 

  Peluang nak tukar kos dalam Department yang berbeza. contohnya, dari AED nak tukar Biosc. IRK nak tukar ke Physical Science. Caranya ialah mestilah jumpa staff di department kos asal yang dapat, dan tanya kat kaunter tu, isi borang sampai la process staff bagitau tu habis. Kemudian pergi ke Department yang lagi satu dan ikut cara yang sama balik. Ini kerana pertukaran kos bagi department berbeza memerlukan persetujuan kedua-dua belah departments. 

  Third, APT dan EPT sangat penting dalam Pertukaran kos. Result APT dan EPT akan dilihat samada permohonan anda pertukaran kos berjaya atau tidak. Samada exempted:exit atau level 3,4,5,6. Sekiranya anda exempted dua2 placement test tersebut. Duration akan dapat dipendekkan dan proses pertukaran kos akan menjadi mudah. Tetapi sekiranya anda tidak exempted semasa taaruf week , Jalan terakhir nak tukar kos ialah belajarlah sepanjang semester dan bagi dapat exit APT & EPT tu dan mohon balik pertukaran. Dan buat solat hajat off course.  

As we know, blog is one of the most powerful mass media providing us various information and updates that we need in our daily life. To provide such information need a serious efforts from blogger specifically for beginners.

Here are some powerful ways to get reader's attention :

1. Always clear what is your purpose in writing a blog.

There are people focusing only a topics like cooking, hiking, traveling etc. There are also people who like to post about random topics regarding anything that flow through writer's mind. Never forget that some people use the blog for their diary.

2. Make the search engine recognize you !

This is the most prominent thing to be highlighted.
Search engine like google.com, yahoo.com, bing.com etc easy to identify the keywords for your blog. The best way to make search engine love to choose your keywords are by include what keywords people going to search in your title and body of your post. For example, your blog is about "how to build an iron man MK42 helmet" *i really love iron man suit*, the keywords here is iron man, MK42, helmet, how to. And don't forget to make your explanation in detail, so the searcher may type keywords that you include in the post!

3. Write in audience's language of course.

Reader will feel more pleasant and enjoyable if your write like you talk to them. Don't write like you want to submit your assignment to your lecturer, but make it more like you promote something that they really want in their life.

4. Make it easy to share.

Bear in mind that everyone that connected to the internet have social media like Facebook, Twitter, Instagram, Google+ etc. So, include "Share" buttons on your blog.

5. Enable comment section and be friendly

This will make the reader more comfortable with your post ,so he/she may share your post. right ? PLEASE DON'T START A WAR !!! SPARTA !!!

Thanks for reading, BYE !


Assalamualaikum, Sebagai student yg tidak pernah kena saman, sye akan membongkarkan cara2 mengelak daripada disaman. So, when we mention about "Pak Guard" or security guard, we must realise somethings.
Yang pertama ialah saman. Kedua, Saman itu berbayar maksimum RM50.00 dan Orang2 yg boleh kurangkan jumlah saman. So, let us dig in one by one. 

* NOTED *Pak Guard akan aggresive apabila duit elaun masuk,, hehehe

Saman.

Banyak sebenarnya kesalahan2 student uia buat sebenarnya, tapi saye cuma akan highlight yang extreme sahaja di mana student ramai yang buat.

   1.Balik lepas pukul 10 pm. yes, Outing cuma pukul 9am - 10pm only. Jumaat-Ahad.  Itu basic. Tapi klau naik cab or taxi,suruh driver masuk sampai dalam, peratus nak lepas drpd pak guard tinggi. Klau ikut pagar masjid, hmm, tak berkesan, selalu tertangkap (UIA PJ) . Kalau masuk dgn parents, itu yg paling selamat. Tapi pastikan masuk dalam uia, jgn berhenti depan pagar.

   2.Matrik kad. Ini bende paling leceh. Tapi nak selamat, setiap kali keluar je pagar uia, pastikan bawak kad matrik tu. Klau setiap kali nak keluar bilik masa office hour, nk pegi jalan2 pusing uia ke, pakai kad matrik tu. kadang2 fellow turun ramai2 buat spot check.

   3.Pakaian. Baju mesti berkolar, kasut mesti jangan selipar jepun. Kalau bagi perempuan yang problemnya, Jeans, perempuan tak boleh pakai seluar jeans. hmm. Tu je la kot yang selalu kena sekat.

   4.Rambut. Standard la kalau lelaki. pegi je la potong. 


Saman dan Negotiation.

Kita sebenarnya boleh kurangkan jumlah saman dan pada dasarnya semua saman berjumlah RM50.00, (*betulkan sye kalau salah.), setelah negotiate, atau berunding , berdebat , berperang dengan orang2 tersebut, anda sebenarnya boleh mengurangkannya.

Orang2 tersebut ialah Fellow/Principal, Staff2 tertinggi uia mcm head of students affairs,(*if i'm not mistaken) dan Dean.

Selalunya students jumpa principal je senang sebab dekat bawah mahallah masing2 je.


So, berhati-hati lah. Jangan bazirkan duit hanya dekat saman. =)
Stay tuned for the next post !! byebye !


Assalamualaikum,

Saya adalah penduduk di asasi UIA Petaling Jaya. Jadi saya kurang mengetahui kemudahan di Gambang. And by assuming student Gombak berpindah ke PJ, so, saya hanya menerangkan sedikit sebanyak tentang kemudahannya.

Apa yang saya tahu tentang CFS Gambang dah ada Atm muamalat, bilik lawa, kemudahan banyak yg masih fresh,so untunglah student gambang ~


Kemudahan di Asasi UIA PJ

1. ATM 

  • 2 Bank Islam di tepi Mahallah Umar al-Khattab
  • 1 Bank CIMB tepi Al-Malik Faisal Hall (AMF)
  • 1 Bank Muamalat di hadapan Klinik UIA PJ
2. WIFI

  • EXTREMELY Laju sekiranya bilik anda dihadapan modem router.
  • EXTREMELY Slow sekiranya bilik anda disebelah bilik yang Wifi UIAnya laju.
3. KAFE

  • Setiap Mahallah ada kafe masing2 ,tetapi tak menjadi kesalahan nk pegi kafe mahallah lain. Tapi sekarang dah berubah, students lelaki dah tak boleh jejak kaki ke kawasan perempuan dah. Sebab mahallah Abu Bakar dah tukar dengan mahallah Khadijah. So, kawasan tu terus diconquer oleh perempuan. DAN dengar cerita semua mahallah dah jadi mahallah perempuan. Laki duduk dekat mahallah FZ kot, HUHU.

4. AVM (Automatic Vending Machine : Mesin Gedegang)

  • Ada banyak, jangan risau. Murahhhhhh, kat main campus mana ada semurah camni.
5. KLINIK

  • Ada memang ada, tapi saya tak pernah pegi. Jadi saya tak tahu. Masuk pon sebab ada explorace time jadi committee tawe.
6. POST Office

  • Saya pernah menggunakan service mereka, semua okay.
7. SPORT UNIT

  • anda digalakkan bersukan, banyak aktiviti yang saya nampak. Tapi saya tak nampak tenis. Sukan lain ada sehinggakan dragon boat pon ada. Just kena pandai cari. Bagi mereka yang nak cergas tapi malas bersukan , berpuasa lah selalu.
8. Kedai barang2 keperluan, KIOSK 

  • Kedai banyak, jgn risau. Cebuk, Baldi, Berus gigi, Beg, Tuala, Nuttela ,Pen Marker, Buku Van der wijck, Sliper, Extension, topup ,, boleh kata semua ada. 
9. GYM

  • Dekat mahallah Khadijah *sekarang yg dahulunya mahallah lelaki terdapat gym terbesar di uia pj. Sekarang tak tau la sisters workout ke tak. HOHO
10. TV
  • Banyak tv. tapi tak ramai ada masa nak tengok. dulu mahallah ukc ada letak astro. tapi lepas fellow pindah terus dia potong. Maybe dia bayar kot. 
11. Washing Machine
  • Rm2.50 untuk basuh sahaja. Untuk kering lagi Rm2.50. Lagi bagus basuh guna tangan je.
Kesusahan di UIA PJ 

1. ATM rosak , perkara ini selalu terjadi di UIA. Dan orang mcm saya yang hanya mencari atm bank muamalat memang la susah. Tapi jangan risau, kita boleh keluar UIA, untuk pegi Bank Muamalat dekat depan UIA tu je.Jalan kaki boleh sampai. dekat JAYA ONE.

2. Air tak dak. Perkara ini selalu terjadi . Pegi toilet tengok2 ade .... , So dah tau la tak de air . So kena pegi Block lain ataupun mahallah lain.

3. Printing Service. Kedai Photocopy memang buka lambat, selalunya pukul 9.30am, kalau pukul 9.00am bukak tu pun kadang2 je. So, keep alert kawan2 yang buat printing service dekat bilik. 

4. Outing and Inning - Weekdays hanya boleh keluar hari selasa tu pun sebab ada pasar selasa dekat situ start boleh keluar pukul 5.00 ptg - 8.00 mlm.Boleh sebenarnya nk keluar,benda ni ramai student tak tahu.Pegi Mahallah Office(MO) mintak excuse letter nak keluar tapi state la reason, mcm nak beli kek,nak beli barang2 society etc. Hujung minggu pulak start hari jumaat pkul 9am-10pm sahaja. Kalau lambat kena saman. Tapi kalau naik kereta masuk dalam boleh lepas. Itu kelebihan rumah dekat la. 


Assalamualaikum visitors,

1.Kenapa saya kata Whatsapps penting ?

Jawapan

Kerana anda akan mudah berkomunikasi , buat group yg bukan satu dua , tetapi bebelas2 sampai anda pening. So, belajar la nak disable blue tick , belajar la macam mana tak nak bagi orang nampak last seen kita or even read receipts. Semua ini sebagai peringatan, kerana anda mungkin mengalami pening macam saya kerana terlalu banyak group whatsapps.

2.Kenapa Gmail? Kenapa bukan Yahoo ?

Jawapan

Kerana UIA telah menetapkan systemnya dengan google gmail. Oleh kerana itu, semua penduduk UIA termasuk lecturer perlu menggunakan gmail untuk berurusan. Sesetengah lecturer yang hebat hanya bagi check outline assignment melalui gmail (softcopy) dan tak mahu hardcopy kerana mereka tak cukup masa maybe ~ So, pastikan anda sign up gmail.com dan explore sedikit sebanyak tentangnya.

3.Kenapa dengan Dropbox/Google Drive ?

Jawapan

Selain pendrive/thumbdrive/USB traveller atau sewaktu dengannya. Online storage sgt penting. Bagi saya Online storage sgt berguna apabila saya tertinggal pendrive. Dan juga, saya android user and owned an ipad. So, sebarang sharing berlaku via dropbox. Senangkan kerja. Dan boleh bukak je kat browser dan terus download file yang kita mahu. 

Ia akan berguna selagi mana anda tahu kegunaannya.So, keep exploring and STAY TUNED !

Assalamualaikum,

Saya tidak akan list satu2 setiap barang yang saya rasa perlu untuk dibawa di UIA. Tetapi saya akan mengikut priority di mana kalau tak de memang datangkan masalah besar.FUHH.

Sememangnya student baru akan ada sifat backup barang, bawak barang lebih dari sepatutnya supaya hati berasa lega. Tambahan pula yang rumah jauh dari kampus, lagi la susah nanti barang banyak nak bawak balik. So, kat bawah ni boleh dikatakan priority bagi saya sepanjang berada di cfs.


1. Baju Kemeja Putih - Bagi lelaki, hari pendaftaran dah kena pakai baju kemeja putih tu. klau student LAW lelaki atau perempuan selalu perlukan kemeja putih + blazer utk Mock Court Session mereka. Pinjam pon boleh kat member. 

2. Baldi + Cebuk - dalam list yg dia suruh bawak tu rasanya takde tulis baldi , masa taaruf week pon ramai parents complain tak de sape bgtau pon suruh bawak baldi. So, bawak la satu yg besar bagi mereka yg basuh seminggu sekali.

3. Extension Socket - alah , yang ade byak2 plug tu , al-maklum la student kan nak charge handphone la, laptop la , kettle la. Sedangkan main plugnya jaoh diatas dinding tu. 

4. Tikar - kenapa tikar? yes, based on my experience , apa yang saya tau UIA tidak memperuntukkan peruntukan untuk bubuh tiles atau mungkin menampal lantai yang berlubang tu. So, Tikar sgt berguna bagi mereka yang suka main fifa/pes dgn meletakkan laptop di atas katil sedangkan mereka duduk di atas lantai yg berlubang. Lantai tersebut mungkin akan menggangu concentration dan performance pemain itu. Nampak tak masalah besar di sini? Sorry ladies, masih tak boleh terima kekalahan 4-0 ketika berlawan dgn Ikhram the legendary keyboard user. 

5. Bekas Makanan + sudu + garfu - dah pulak? yes, ianya sgt berguna apabila berhadapan dgn kebuluran di waktu malam, dan maggi la teman sejati ketika itu, so pastikan stok maggi mengcukupi. Klau buat jamuan bilik pon berguna mcm bilik saya selalu ada jamuan malam selasa. Bekas saya la the best contributor ever.btw, BEWARE ! pemimjam barang ada dimana2 dan tak reti nk bagi balik.

6.  Kertas A4 - selain testpad, kertas A4 banyak kegunaannya. anda boleh membuat nota dan simpan dalam file. Emergency terjadi apabila kedai photocopy masih tutup, pegi bilik member nak print , kertas A4 habis. Ketika itu kertas A4 anda beraksi. Percayalah, ianya sgt diperlukan apabila musim nak exam di mana students mencari2 printer nak print EXAM SLIP and Course Registration Slip.

Ini sahaja yang saya igt , saya akan update lagi kalau saya igt. STAY TUNED !





Anda perlu menyediakan dua jenis file, yang pertamanya file untuk Admission and Record (A&R). Kedua, file untuk Finance Department.

Semasa hari pendaftaran, terdapat 4 kaunter.
  • Kaunter A&R
  • Kaunter Mahallah (Hostel)
  • Kaunter Taaruf Kit 
  • Kaunter Finance
*Sequence untuk kaunter mungkin berubah mengikut intake
*Result medical check-up and X-ray tak perlu bawak semasa hari pendaftaran, ianya akan diperlukan apabila Klinik UIA buat pengumuman nak benda tu .

1. Kaunter A&R

# Dia akan bagi anda satu file, tepi file tu ada list, just ikut je list tu.

# Gambar bersaiz passport perlu

# Tak silap first sekali dia mintak
- offer letter masuk uia, bukan offer letter bantuan kewangan asasi,jgn silap, ada dua jenis offer letter yg perlu dibawa , PRINT 3-4
- declaration form
- salinan ic student , mama and dedi
- masalah besar selalu jadi dekat Sijil Kokurikulum, yang diminta Sijil Finalize Kokurikulum , tapi ramai bagi sijil dia pegi wakil sekolah la, wakil daerah,wakil planet ..(-.-')

# Apa yang perlu untuk file ANR ni , ada dah list uia bagi masa dpt offer letter, follow je apa dia nak.

# dekat sini tak banyak masalah sgt, kalau ada tanya kat comment

2. Kaunter Mahallah

# Beratur, masa beratur tu pastikan bersama2 kawan yg nampak best atau seumpamanya, sebabnya anda akan sama bilik dengan dia ! lagi satu , kalau nak mahallah yg best ,tanya dulu org kat kaunter tu , "abam, yg tgh beratur ni mahallah ape?", selalunya satu mahallah, satu org jaga, so kebarangkalian nak dpt mahallah yg best tu besar la sikit,so tanye la senior yg mana mahallah best. HOHOHO (~ o ~ )

# Dapat kunci jaga elok2, hilang kunci kena saman 50 ringgit yg bersamaan 10 games of bowling. So, sendiri salah,sendiri tanggung.

3. Kaunter Taaruf Kit

# Taaruf Kit atau barang2 untuk minggu orientasi ( Taaruf Week : Tawe) akan diagihkan kepada students seperti Beg, Tie ,Tudung , T-shirt UIA , a File full of Information *(ade map UIA dia bagi takut sesat) , klau bernasib baik dpt Lanyard , tali yg gantung matrik kad kat leher tu.

4. Kaunter Finance

# Saya pernah tolong finance menyemak file students, Fuhh, sungguh frustated.

# Yang pertama UIA minta offer letter , RAMAI SALAH DI SINI ! UIA minta Offer Letter Bantuan Kewangan Asasi ,bukan Offer letter masuk UIA tau .

# Masa download borang Bantuan Asasi tu , download semua sekali . Contoh dia bagi tu penting.

# Apa yg perlu ialah IC student and IC penjamin. i repeat, IC PENJAMIN gaisss.

# Lepas tu, Borang perjanjian, part ni je yg perlu 3 salinan. Print 3 salinan. Lepas tu isi mcm contoh dia bagi tu. Then , dia mintak MATI STAMP / DUTY STAMP. Duty Stamp ada dua jenis warna. Kalau yg BIRU tu, pegi beli stamp dekat pejabat pos , tak pon selalu ada jual dekat LHDN, klau ada ,lagi senang boleh terus mati stamp kat LHDN. Kalau yang HIJAU pon diterima , pegi terus LHDN jugak .Jgn lupa initial (tanda tangan) untuk student & penjamin dekat bawah setiap muka surat borang perjanjian ni. #SETIAP MUKA SURAT. Kalau salah isi sebaris dua, potong je,lepas tu buat initial student & penjamin balik dekat tempat salah tu.

# Lpas tu satu Borang Penyata Kewangan Penjamin , tulis je nilai aset sekurang2nya RM500 klau tak silap.

# Checklist kaunter Finance -

  • Offer Letter Bantuan Kewangan Asasi
  • IC student & penjamin
  • 3 salinan Borang perjanjian asasi
  • Borang penyata Kewangan Penjamin
OKAY,
DONE ~ !!!

Welcome to the Garden of Knowledge and Virtue

UIA atau UIAM merupakan singkatan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Asasi di UIA atau Centre for Foundation Studies( CFS IIUM ) menyediakan beberapa kos mengikut tempat yg disediakan masing-masing. Bagi mereka yang berminat boleh mendaftar buat kemasukan pertama,kedua hingga ketiga. 


Bagi sesiapa yang berminat untuk memohon kos berikut, mereka akan ditempatkan di Pusat Asasi UIAM di Gambang, Pahang.
  • Law Programme (LAW)
  • Islamic Revealed Knowledge and Heritage (IRK)
  • Arabic Programme (BAR)
  • English Programme (BEN)
  • Architecture and Environmental Design (AED)
  • Information and Communication Technology (ICT)
  • Engineering 
  • Tourism and Planning Management (TPM) 
  • English Communication (ENCOM)
  • Arabic Communication (ARCOM)
  • Medicine and Surgery (MEDIC)
  • Dentistry 
  • Pharmacy 
  • Biological Science (BIOSC)
  • Physical Science
Bagi kos yang berikut pula akan ditempatkan di Mahallah Maryam (perempuan), lelaki kat Mahallah Zubair, UIA Gombak.
  • Economics and Management Sciences (ECONS)
Bagi kos2 under Kuliyyah Language and Management kat bawah ni, Mulai 2017, bulan 9 kalau tak silap. Semua berpindah ke Pagoh, Johor, Campus baru. kalau tak silap lahh.

Post ini merupakan pengenalan ringkas kependudukan uia sahaja, untuk informasi lebih lanjut sila ke link dibawah:

1. Sebelum masuk UIA
2. Baru masuk UIA
* yang mana masih bukan hiperlink di atas masih dalam process. Stay tuned !
Next PostNewer Posts Home