Anda perlu menyediakan dua jenis file, yang pertamanya file untuk Admission and Record (A&R). Kedua, file untuk Finance Department.
Semasa hari pendaftaran, terdapat 4 kaunter.
- Kaunter A&R
- Kaunter Mahallah (Hostel)
- Kaunter Taaruf Kit
- Kaunter Finance
*Sequence untuk kaunter mungkin berubah mengikut intake
*Result medical check-up and X-ray tak perlu bawak semasa hari pendaftaran, ianya akan diperlukan apabila Klinik UIA buat pengumuman nak benda tu .
1. Kaunter A&R
# Dia akan bagi anda satu file, tepi file tu ada list, just ikut je list tu.
# Gambar bersaiz passport perlu
# Tak silap first sekali dia mintak
- offer letter masuk uia,
bukan offer letter bantuan kewangan asasi,jgn silap, ada dua jenis offer letter yg perlu dibawa , PRINT 3-4
- declaration form
- salinan ic student , mama and dedi
- masalah besar selalu jadi dekat Sijil Kokurikulum, yang diminta
Sijil Finalize Kokurikulum , tapi ramai bagi sijil dia pegi wakil sekolah la, wakil daerah,wakil planet ..(-.-')
# Apa yang perlu untuk file ANR ni , ada dah list uia bagi masa dpt offer letter, follow je apa dia nak.
# dekat sini tak banyak masalah sgt, kalau ada tanya kat comment
2. Kaunter Mahallah
# Beratur, masa beratur tu pastikan bersama2 kawan yg nampak best atau seumpamanya, sebabnya anda akan sama bilik dengan dia ! lagi satu , kalau nak mahallah yg best ,tanya dulu org kat kaunter tu , "abam, yg tgh beratur ni mahallah ape?", selalunya satu mahallah, satu org jaga, so kebarangkalian nak dpt mahallah yg best tu besar la sikit,so tanye la senior yg mana mahallah best. HOHOHO (~ o ~ )
# Dapat kunci jaga elok2, hilang kunci kena saman 50 ringgit yg bersamaan 10 games of bowling. So, sendiri salah,sendiri tanggung.
3. Kaunter Taaruf Kit
# Taaruf Kit atau barang2 untuk minggu orientasi ( Taaruf Week : Tawe) akan diagihkan kepada students seperti Beg, Tie ,Tudung , T-shirt UIA , a File full of Information *(ade map UIA dia bagi takut sesat) , klau bernasib baik dpt Lanyard , tali yg gantung matrik kad kat leher tu.
4. Kaunter Finance
# Saya pernah tolong finance menyemak file students, Fuhh, sungguh frustated.
# Yang pertama UIA minta offer letter , RAMAI SALAH DI SINI ! UIA minta
Offer Letter Bantuan Kewangan Asasi ,bukan Offer letter masuk UIA tau .
# Masa download borang Bantuan Asasi tu , download semua sekali . Contoh dia bagi tu penting.
# Apa yg perlu ialah
IC student and IC penjamin. i repeat, IC PENJAMIN gaisss.
# Lepas tu,
Borang perjanjian, part ni je yg perlu
3 salinan. Print 3 salinan. Lepas tu isi mcm contoh dia bagi tu. Then , dia mintak MATI STAMP / DUTY STAMP. Duty Stamp ada dua jenis warna. Kalau yg
BIRU tu, pegi beli stamp dekat pejabat pos , tak pon selalu ada jual dekat LHDN, klau ada ,lagi senang boleh terus mati stamp kat LHDN. Kalau yang
HIJAU pon diterima , pegi terus LHDN jugak .Jgn lupa initial (tanda tangan) untuk student & penjamin dekat bawah setiap muka surat borang perjanjian ni. #SETIAP MUKA SURAT. Kalau salah isi sebaris dua, potong je,lepas tu buat initial student & penjamin balik dekat tempat salah tu.
# Lpas tu satu
Borang Penyata Kewangan Penjamin , tulis je nilai aset sekurang2nya RM500 klau tak silap.
# Checklist kaunter Finance -
- Offer Letter Bantuan Kewangan Asasi
- IC student & penjamin
- 3 salinan Borang perjanjian asasi
- Borang penyata Kewangan Penjamin
OKAY,
DONE ~ !!!